Sunday, October 07, 2012

T_T Kembali Mencari Sesuatu yg Hilang =_=''

Assalamualaikum w.b.t.
Hari yang berlalu, berlalu dengan begitu sahaja walau berlalunya seperti penuh dengan hikmah.. Alhamdulillah hidup penuh dengan kegembiraan dan kebahagian.. Tapi aku malu pada Tuhan, saat bahagia menghamparkan dirinya dekat dengan aku.. Aku lupa untuk mengucap syukur, kadang lalai dengan tamparan dunia semata-mata.. Kadang aku malu sama teman, dengan bicara yg penuh kewibawaan, lantas hati ini lupa untuk mengingat kembali siapa yg memberi kata2 indah itu, Astagfirullah.. Aku kembali berfikir adakah aku tidak malu pada Allah??? mengapa lebih malu pada manusia??? T_T

Jiwa ini rasa kosong.. mungkin aku sendiri yg mengosongkan jiwa ini.. aku mula tinggalkan solat, mula berkata yg tidak sepatutnya, mula bertindak yg bukan2.. Apakah ini aku harus panggil ujian??? atau aku sendiri yg mengkehendaki cara seperti ini??? lantas aku meninggalkan teman2 seperjuangan kerna aku merasa betapa tidak layaknya diri ini menghampiri mereka.. aku jarang sekali menitiskan air mata taubat, meminta keampunan dengan sepenuh hatiku.. aku semakin jauh daripadaNya..

Saat jiwa ini penuh dengan kekosongan, Tuhan datangkan kepadaku kesedaran tentang waktu yg berlalu.. adakah aku bisa menjalani kehidupan hari esok??? betapa beruntungnya aku tentang peringatan itu.. Kesibukan dunia membuat aku lupa tentang akhirat, Ya Allah berdosanya aku padaMu.. aku jauh dari kitab pembacaan, jauh dari pengisian ilmu di jiwa, jauh dari kefahaman yg sebenar.. Benar aku sibuk kebelakangan ini, meninggalkan usrah dan itu ini.. Betapa aku lalai Ya Allah..

Pagi itu, aku rasa berdosa yg amat.. lantas aku kembali, kembali mencari sesuatu yg hilang.. pagi itu juga aku menyelak almari, mencari buku2 lama yg telah lama tersimpan rahsianya.. itupun aku belek2 sahaja..
Sejak semalam abah kata nak buat umrah, aku pun menyatakan keinginan yg sama.. Keinginan yang mendalam untuk sampai ke Makkah sangat mendalam, mendekatkan diri dengan Pencipta.. Semoga Allah menambah dan meneguhkan keimanan hambaNya ini, InsyaAllah..

~Ya Allah berikanlah aku kefahaman para Nabi, ingatan para Rasul dan ilham malaikat2 muqarabin,, Aamiin Ya Rabb..~ 

No comments:

Post a Comment