Wednesday, May 30, 2012

~ MemperSOALkan ~

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (mcm menteri pun ada syeh,,, hehhe)
Apa khabar iman dan taqwa?? apa khabar jasad pinjaman sementara??

Alhamdulillah,, ats kesihatan yg diberi..
WORD SEARCH!!!! woooowww,, sy suke permainan ini.. permainan yg slow2 jugakla.. biasa2 jehh,, x extreme mane pun.. tp tetap syokk.. awesome!!.
ehem2,, x tau nk khabak apa.. ok,, mehla kita TARBIYAHkan diri kita.. dalam mencari redha Sang Pencipta

KENAPA SY DIUJI?? why.. why (amboii,, menyoal takdir ke hampa nie??)
lalu Quran menjawab :
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;'Kami telah beriman'', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan orang2 yg berdusta''
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?? (hang nk apa lg,, dpt hidup pun satu nikmat.. memang hang x reti nk bersyukur.. heyy2,, tampar kang.. wa gurau jeh =D)
lalu Quran menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah lebih Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah Al-Baqarah :216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?? (mcm angkat berat ade x?? boleh masuk olimpik mcm gini,, hehe..sabarlah,, istighfar.. cari hikmah disebalik ujian)
lalu Quran menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah Al-Baqarah: 286 )

AHHH!! TENSIONNYE,, SEDIH NGAKK,, SEDIH TT__TT
lalu Quran menjawab:
''Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman''
( Surah Al -Imran : 139 )

ADAKAH AKU KUAT UNTUK HADAPI INI SEMUA?? ( anda seorang yg kuat,, x yakin pd diri?? x yakin pada Pencipta?? )
lalu Quran menjawab:
''Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan kerjakanlah solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk''
(Surah Al-Baqarah : 45 )

AKU DAPAT APA, DARI SEMUA YANG AKU KERJAKAN?? (kamu yakin ada syurga?? maka pasti ada ganjaran buat orang2 yg sabar)
lalu Quran menjawab:
'' Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka''
(Surah At-Taubah : 111 )

NAK BERGANTUNG PADA SAPA?? AKU LIHAT SEMUA X BOLEH PAKAI (MasyaAllah)
lalu Quran menjawab:
''Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal ''
(Surah At- Taubah : 129 )

AKU TAK DAPAT TAHAN LG DENGAN DUGAAN YANG SEBEGINI!!!
lalu Quran menjawab :
''..... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir''
(Surah Yusuf : 12 )

Sudah dapat lihat dengan jelas?? sudah boleh untuk mendalami dengan hati??
Kita hamba yg terlalu lemah,, sehingga kita sering memprsoalkan setiap ujian2 yg diberi oleh Allah.. Tanpa rasa syukur,, tanpa mengambil hikmah, malah kadangkala kita mencela.. Nauzubillah..

Alhamdulillah,, sy akhiri dengan wabillahitaufikwalhidayah.. assalamualaikum w.b.t.. ( eh,, mcm pengakhiran Tanyalah Ustazah).. ehhh,, sebenarnya sy nak kate...... =__=" (malu nyee),, mioww2 (mcm kucing gatai pun ade,, pasaipa nie??) hhehehe.. +__='.. terus terang ae..

~sy sayang pembaca2 kerana Allah,, sy harap ukhwah yg terbina sampai ke syurga.. InsyaAllah.. Sematkan dalam jiwa,, Allah Pencipta yg Terbaik.. sy belum pernah bertaaruf dengan anda.. InsyaAllah,, jika ada permintaan untuk taaruf.. sy cuba tunaikan.. sy insan biasa2 jehh =D ~








No comments:

Post a Comment