Monday, October 29, 2012

eh, merapu jeh..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

''terus terang saya sudah jatuh cinta pada dia. tidak pernah saya kenalinya apatah lagi bercakap dengannya.. merungkai melalui statusnya, blognya, kesederhanaannya dapat dilihat.. orangnya pandai masak, soleh, sapa yang tidak mahu kan..blognya juga menyenangkan..akhi2''

tapi bila difikirkan balik, saya belum layak dan pantas untuk membicarakan tentang cinta.. cinta pada Allah dan RasulNya juga belum kukuh.. bagaimana dan mengapa? MasyaAllah, betapa hambaMu ini begitu lemah..

saya yakin dengan takdir, jodoh, ajal dan maut.. kalau ada jodoh, InsyaAllah tak ke mana.. tapi persoalannya, cinta tanpa usaha.. adakah akan dipertemukan?? hahha.. Yakinlah, kalau bukan dia pasti ada lagi yang terbaik kan.. kalau mahu bercinta biarkan bersama sampai ke Syurga.. together till Jannah ^_^.. tak kiralah, dengan sapa2 pun.. dengan family,sahabat, saudara seIslam dan lain2..

hey2. belajar tak habis lagi, dah sibuk cerita pasal cinta.. forget it, sampai waktu tak ke mana kan.. misalnya, kalau kat dunia kita tak sempat kahwin, InsyaAllah kat akhirat kita jumpa.. =_='' ..

sekarang nie saya nak usaha lebih untuk mencapai cara hidup Islam yang sebenarnya, InsyaAllah..

blog nie blog kosong je.. kalau orang baca blog nie, saya rasa blog nie cap kaki ayam jeh.. sorry dehh..

Thursday, October 18, 2012

aku abaikan blog aku.. jalan2 satu Malaysia.. waachhhaaa,, awesome beb =_='' .. i love to travel... kedah i'm coming.. UK...M wait for me.. hahhaha.. uk la sgt, nmpak x permainannye =0

Friday, October 12, 2012

Bismillahirrahmannirahim..
Keadaan yg susah akan membuat kita untuk belajar mengatasi kesusahan.. Tapi caranya berbeza.. Bisa saja seseorang memilih sesuatu yg tidak baik, mungkin menjadi lebih jahat atas sebab kesusahan yg dihadapi.. Ada juga yg memilih dengan menyantuni takdir Tuhan, menghadapi dengan redha dan berusaha untuk penambah baikan..

Kesenangan akan membuat seseorang untuk bersenang- lenang dengan kesenangannya walau senang itu bukan miliknya.. Wallahualam =)

Thursday, October 11, 2012

Without The Reason

~ Nothing Happen Without The Reason ~
I mostly catch it.. yeah, maybe.. Sometime, I really don't understand. Sometime, I even don't want to understand.. sighh, I don't know actually =_+''..
Pretty woman not come from pity woman, why I always want sigh..

Alhamdulillah, Allahuakbar, Astagfirrullah.. Zikir must be always on your heart, top notch men..
I still on my holiday.. 1 month to go, wait for the result, InsyaAllah make license, help mother at home, watch korea movie, travel and other else =)..

Life is Full of Happiness.. Alhamdulillah..
I want study at University Tarbiyah Hati >_<'', yeah..
mentarbiyahkan hati yg kadang tidak tetap, menjaga hati yg kadang celaru, meletakkan hati di tempat yg tertinggi, menetapkan hati agar sentiasa mengingati PenciptaNya.
Ya Allah Ya Rabbi, kuserahkan urusanku apa yg terbaik disisiMu..

~zzzZZzz 1.00 a.m still play with blog =_=''..

Tuesday, October 09, 2012

musim2 cuti ~_~'

oleh kerana cuti, maka sy pun enjoy2 cuti saja =D

Sunday, October 07, 2012

T_T Kembali Mencari Sesuatu yg Hilang =_=''

Assalamualaikum w.b.t.
Hari yang berlalu, berlalu dengan begitu sahaja walau berlalunya seperti penuh dengan hikmah.. Alhamdulillah hidup penuh dengan kegembiraan dan kebahagian.. Tapi aku malu pada Tuhan, saat bahagia menghamparkan dirinya dekat dengan aku.. Aku lupa untuk mengucap syukur, kadang lalai dengan tamparan dunia semata-mata.. Kadang aku malu sama teman, dengan bicara yg penuh kewibawaan, lantas hati ini lupa untuk mengingat kembali siapa yg memberi kata2 indah itu, Astagfirullah.. Aku kembali berfikir adakah aku tidak malu pada Allah??? mengapa lebih malu pada manusia??? T_T

Jiwa ini rasa kosong.. mungkin aku sendiri yg mengosongkan jiwa ini.. aku mula tinggalkan solat, mula berkata yg tidak sepatutnya, mula bertindak yg bukan2.. Apakah ini aku harus panggil ujian??? atau aku sendiri yg mengkehendaki cara seperti ini??? lantas aku meninggalkan teman2 seperjuangan kerna aku merasa betapa tidak layaknya diri ini menghampiri mereka.. aku jarang sekali menitiskan air mata taubat, meminta keampunan dengan sepenuh hatiku.. aku semakin jauh daripadaNya..

Saat jiwa ini penuh dengan kekosongan, Tuhan datangkan kepadaku kesedaran tentang waktu yg berlalu.. adakah aku bisa menjalani kehidupan hari esok??? betapa beruntungnya aku tentang peringatan itu.. Kesibukan dunia membuat aku lupa tentang akhirat, Ya Allah berdosanya aku padaMu.. aku jauh dari kitab pembacaan, jauh dari pengisian ilmu di jiwa, jauh dari kefahaman yg sebenar.. Benar aku sibuk kebelakangan ini, meninggalkan usrah dan itu ini.. Betapa aku lalai Ya Allah..

Pagi itu, aku rasa berdosa yg amat.. lantas aku kembali, kembali mencari sesuatu yg hilang.. pagi itu juga aku menyelak almari, mencari buku2 lama yg telah lama tersimpan rahsianya.. itupun aku belek2 sahaja..
Sejak semalam abah kata nak buat umrah, aku pun menyatakan keinginan yg sama.. Keinginan yang mendalam untuk sampai ke Makkah sangat mendalam, mendekatkan diri dengan Pencipta.. Semoga Allah menambah dan meneguhkan keimanan hambaNya ini, InsyaAllah..

~Ya Allah berikanlah aku kefahaman para Nabi, ingatan para Rasul dan ilham malaikat2 muqarabin,, Aamiin Ya Rabb..~