Monday, May 07, 2012

~ SOLAT itu WajIB

Assalam dan Salam Sejahtera =)
hyeepp,, apa khabar iman dan cinta yang ada dlam dirimu..
ku harap imanmu masih setebal dan be+ tebal mencintai Allah..

Solat,, solat dan solat!!!
PENTINGkah?? MENGAPA?? dan KENAPA??


Firman Allah :Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Surah Hud ( 11 ) : 114..
oryte beb.. wa tanye ae, sapa yang x pernah tinggal solat?? ( aku pun x sempurna ) semua org pun pernah,, tapi x kanla kita nk selalu asyik tinggal solat jehh.. LOGIK x pada anda??

Bagaimana kasih sayang anda thadap Pencipta Yang Maha Kuasa?? setelah dberikan anda kebahagiaan,, dberikan secebis harapan.. layakkah kita menerima?? MasyaAllah..

Baca nieh,, satu hari.. di pondok kecil,, di (mcm lagu ku sayang ayah jeh) ..
aku rase sesuatu peringatan tue akan datang pd bile2 mase jehh..
satu hari tue,, aku ada program kat mana tue ,, x ingtla plak (bnyak mkn semut apehh)
ceritanye mcm niehh (baru nak mule upenyee),, program tue pkul 8.00.. tapi aku tlajak bangun smpaila pkul 9.00..(ape nak jadik,, wakaka).. org tlajak tdo,, solatnye pun ke mane kn?? aku pun solat ganti terus,, then still pergi program tue.. mase smpai tmpat tue,, aku terus dpt group then kena buat presentation,, aku agak tkedu ae,, tetibe kn..
             tajuk present tue ialah.............. SOLAT.. bertambah kedu2 dlm jiwa nie.. aku pun watlek,,watcool je.. aku rase mcm sedas tembakan kat kepala niehh (pengsan wa kalau boleh)
korang bayangkn,, pagi td aku x solat, pastu tetiba kene bincang dan huraikan and presnt pasal solat..
Mase tue,, terus aku sedar , Allah sgt sayang pada aku,, sebab tue peringatn tue terus datang.. teruk kan,, aku?? aku rase mcm hina sgt.. wa x layak nak beri nasihat,, tapi aku lg x sanggup tpaksa dtahan untuk masuk syurga sbab x kongsi ilmu..

Sebab PERLU SOLAT..


1-Kerana  Solat Adalah Hasil Rumusan Segala Arahan Agama.
2-Bersabar Atas Solat  Merupakan  Arahan Allah.
3-Kerana Solat Diantara Rukun Islam.
4-Kerana Solat A dalah Tiang Agama.
5-Kerana Solat Menjadi Petunjuk Kepada Segala Nabi-Nabi Dan Utusan Allah.
6-Kerana Ianya Lambang Islam Dan Membezakan Antara Islam Dan Bukan Islam.
7-Mengeluarkan Kita Dari Lingkungan Atau Persekitaran Dosa.
8-Dapat Menyucikan Dosa Di Hadapan Allah SWT.
9-Kerana Allah Tidak Menerima Alaman Soleh Dari Mereka Yang Meninggalkan Solat.
10-Kerana Solat Dapat Menarik Pertolongan Daripada Allah SWT.
11-Kerana Solat Adalah Pakaian Islam-Terdapat Riwayat Dalam Hadis.
12-Kerana Solat Adalah Pesanan Terakhir Dari Rasulullah Sebelum Baginda Wafat.
13-Dapat Menjadi Benteng Daripada Melakukan Perkara Maksiat.
14-Amalan Pertama Akan Disoal  Pada Hari Kiamat.
15-Kerana Solat Adalah Amanah Daripada Allah Dan Sesiapa Menjaganya Akan Mendapat Perlindungan Daripada Allah Azzawajal..

Banyak lagi kelebihan SOLAT,, jadi adalah WAJIB bagi kita untuk menunaikan SOLAT..
ingatlah bahawasanya 


|Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)|
 

No comments:

Post a Comment